free logo - http://www.sparklee.com

Pink Nintendo DS Lite



Wednesday, August 20, 2008
Hanashi Kimo V...

Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamualaikum wbt..
Segala puji bg Allah yg menghidupkan dan mematikan..selawat dan salam ke atas junjungan besar, Nabi Muhammad SAW..

Alhamdulillah..akhirnya saat yg aku nanti2kan dah pun tiba. Cuti semester lepas lebih bermakna berbanding dgn cuti2 yg sebelumnya. Dah lama aku xmenulis kat blog aku ni…Agak ketandusan berbanding nukilan2 lepas. Maklumlah tugas sbg mahasiswi merangkap kerja2 dakwah agak banyak, jadi masa yg ada hanya terluang utk tugasan yg penting. Namun sem baru kali ini akanku gunakan sebaik yg mumkin utk mencoretkan sedikit sebanyak hanashi kimo yg telah lama berbeku. Mumkin ada sahabat2 yg tertanya2…apala agaknya cerita yg bakal aku kongsikan. Kalau diikutkan hati ni, mau je aku ceritakan semua yg brlaku spnjang ketidakberadaan aku kat blog ni….ermmm

Walaupun cuti sem lepas agak lama, tapi bagiku ia hanya seminit cuma. Dengan kesihatan Abah yang xmengizinkan, aku masih sibuk dgn program utk student2 IPT di tempat kelahiranku dan juga kuliyah utk adik2 junior di sekolah lamaku. Alhamdulillah..sepanjang cuti sem yg lepas,aku menggunakan cutiku dgn sebaik yg mumkin. Namun tanggungjawabku sbg ank lebih penting..Abah kesayangan tdk aku lupakan. Selama aku berada di kampung, aku lebihkan masa bersama Abah walaupun agak sibuk dgn kerja2  luar. Mujurlah Abah dan Mama faham tugas anak kesayangan mereka ni..Big Smile Macam mana la agaknya keadaan Abah sekarang ni.. ermm…harap2 bertambah baik. Moga Abah sentiasa dibawah lindunganNya…Ameen

Berbalik pada aktiviti aku sepanjang cuti yg lepas. Seperti biasa, bila aku pulang ke kampung..adik2 junior dr sekolah lama setia menantiku utk berkuliyah sama2..ada juga antara mereka dri sekolah yg lain. Alhamdulillah ukhwah yg terjalin semakin erat aku rasakan. Moga kalian menjadi insan yg mantap dgn ilmu pengetahuan dan menjadi pendakwah yg hebat suatu masa nanti..Akak senantiasa mendoakan kejayaan kalian..Smile Moga masa cuti akak tdk terbuang begitu saja dgn adanya kalian..bersua lagi pada cuti yg akan datang…insyaAllah..

Pada 1&2 Ogos pula, aku bersama rakan2 senegeri dan juga adik2 dari USM Kubang Kerian, Cosmopoint KB, KIST dan xlupa juga adik2 kesayangnku Fikri dan Fadhil turut serta dlm program Training of Trainers (T.O.T) siri 1. Aku  selaku jurulatih bersama orang kuat GPTD, Che Din dan juga Abg Afzan berada di Islamic Outreach ABIM, Kok Lanas Kelantan selama 2 hari 1 malam utk bersama2 dgn peserta TOT. Alhamdulillah segala2nya berjalan dgn lancar walaupun hanya berkampung selama 2 hari. Aku agak terkesima dgn respon yg diberi oleh sahabat2 dan adik2 TOT. Nampaknya, kami di GPTD mesti lebih berusaha keras utk memberi yg terbaik pd mereka. Selamat menjadi warga GPTD pd kalian semua..moga kalian sentiasa sukses dlm apa jua yg kalian lakukan..jumpa lagi pada TOT siri 2 akan dtg..insyaAllah..

Sebelum berpisah..teringat aku pda satu madah yg dah lama aku tinggalkan utk dikongsikan brsama…

"We are never too old to learn, and never too young to die, but follow the step of Ulama' to learn and follow the step of syuhada' to die"

Semoga kita sentiasa berada dlm golongan tersebut…insyaAllah

Jumpa lagi pd Hanashi Kimo yg akn dtg…Sayonara~~Wink


Posted at 06:36 am by fa87

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry



fa87

..::Demi Masa::..




..::Hari Ini::..



~In ISLAM, there is no word for HANDS UP, there is no word for SURRENDER, there are only two things.."WIN as a MUJAHID or DIE as SYUHADA"~






..::Bicara Sahabat::..


ShoutMix chat widget


<

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed