|
|
 |
 |
|
Saturday, March 08, 2008
Bismillahirrahmanirrahim..
Selawat dan salam ke atas baginda Rasulullah SAW..kaum kerabat serta sahabat2 baginda..
Assalamualaikum wbt…
Terlebih dahulu aku nak minta maaf byk2 sbb agak lama xupdate blog ni..Ada jg sahabat2 hantar emel bertanyakn ttg blog aku ni..AlhamduliLlah sempat jg aku balas. Cuma masa yg terbatas ni xmengizinkan aku utk memperbaharui blog aku dr masa ke semasa. Terima kasih pd sahabat2 yg sentiasa peka dgn ketidakpembaharuan blog ni..dan terima kasih jg aku ucapkan pd sahabat2 yg hantar emel minggu lepas krn sudi berkongsi idea dan pandangan serta kritikan yg membina pada penulis blog ni.. Arigato gozaimas!!
Ermm…cepat betul masa berlalu. Tup..tup dah final exam. Rasanya baru je mula sem baru, tapi dah nk stat sem baru lg.. sempena PRU ke 12 ni, aku ucapkan selamat mengundi pada semua yg layak..sedih gak sbb aku xlayak lagi nk mengundi..huhu. Berkobar2 rasanya...AlhamduLillah kemenangan berpihak pada PAS di tempat kelahiranku, Kelantan tercinta. 2 hari lepas abang kesayangan ada anta mesej..rindu bangat deh~~ Ecelli dia tanya bila nak balik...maklumlah dia first time mengundi tahun ni...semangat betul abang aku neh..hehe. Pape pun aku sentiasa doakan moga segala2nya berjalan dgn lancar.. ~jange rusing abe deh, insyaAllah perjuangan kita mendapat keredhaanNya..yakin dgn pertolonganNya~
AlhamduliLlah sume esemen dan kerja2 yg tertangguh dah pun selesai. So sekarang ni masa utk fokus pada exam plak. Sejak beberapa minggu lepas aku tensen sgt2 + sedih sbb banyak kerja2 yg perlu aku uruskan...esemen berlambak, pastu bertambah plak dgn masalah2 yg sentiasa menguji kesabaran aku. Kalau diikutkn hati, parah la jawabnya...Nasib baik ada particular persons yg bgi semangat dan kekuatan pda aku..AlhamduLilLah..jazakallahu khairan kathira buat mama dan abah tersayang krn sentiasa memberikn dorongan utk aku teruskan perjuangan di sini. Utk abang tersayang, arigato gozaimas krn banyak memberi tunjuk ajar dan semangat yg kental utk adikmu ini yg selalu mengade2..hekhek.. Tak lupa juga pada sesiapa yg rasa dirinya rapat dan kamchin ngn aku...terima kasih sume..luv u all...
Tak chantek jika aku sekadar bercerita itu dan ini namun masih disirami kealpaan dan kelalaian yg mumkin bersarang di hati kita...dan tak indah jika aku sekadar melakarkan cerita hati namun tiada 'cenderahati' yg sepatutnya dihadiahkan pada pembaca sume. Sejak dua menjak ni aku realize sumting bila sume keje2 aku selesai dgn agak baik..AlhamduliLlah dgn izinNya...tapi apa yg aku ingin expose di sini adalah mngenai zikir. Mumkin ramai dikalangan kita tak sedar akan kelebihan berzikir. Cuba kita renungkn firman Allah yg bermksud :
"Orang-orang yang beriman dan tenang hati mereka dengan zikrullah, ketahuilah dengan 'zikrullah' itu, tenteramlah hati manusia. Orang-orang yang beriman dan beramal soleh, beroleh kebahagiaan dan tempat kembali yang sebaik-baiknya." (Ar-Ra'd ayat 28-29)
Ketahuilah wahai sahabat2ku sekalian, dgn zikrullah hati kita akan menjadi tenang, jiwa akan tenteram dan berlapang dada. Sumting yg perlu kita ingat, org2 yg sentiasa lidahnya basah dan tidak lupa utk berzikir pdNya, Dia juga tidak akan pernah melupakan kita. Sepertimana yg aku katakan tadi, walaupun byk kerja2 yg tertangguh..AlhamduliLlah aku diberi suntikan kesedaran utk tidak melupakanNya dgn berzikir. Aku yakin dgn zikir aku dpt melapangkan dada jg mententeramkan hati dan jiwaku utk menyelesaikan sume perkara. Ternyata jelas dan benarlah mksud firman Allah di atas. Cuba kita renungkan pula maksud firman Allah yg berbunyi :
"Orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha suci engkau, maka peliharalah Kami dari azab neraka." (Al-Imran ayat 191)
Perlu juga kita ingat bahawa dgn berzikir jg, scra automatik dpt mendekatkan diri kita pd Sang Pencipta. Bahkan jika kita lihat, org2 yg sentiasa basah lidahnya dgn zikir akan sentiasa diberi cahaya keimanan pd wajah dan dipermudahkan segala urusan dan amalan. Kesimpulannya, marilah kita mengamalkan zikrullah krn disebaliknya tersimpul seribu satu fadhilat dan kebaikan...moga kita berada dlm golongan yg sentiasa dibawah rahmat dan kasih sayangNya...insyaAlLah..
Suka utk aku kongsi satu statement yg aku petik dri buku Siri Keberkatan Al-Quran.. Sesungguhnya keimanan tanpa amal soleh adalah iman yg tidak sempurna, tidak berharga, tidak membawa berkat dan manfaat krn iman bertambah dan berkurang sesuai dgn amalan dan kebaikan yg dilakukan oleh seorang muslim krn amalan dan kebaikan adalah "cabang keimanan". Demikian pula sebaliknya, amal soleh tanpa keimanan adalah amal yg tidak ada nilainya dan ianya sama sprt amal sosial... Renung2kan...
Sebagai penutup Hanashi Kimo IV ni, aku nak wish Good Luck pd sume sahabat2 yg sudah dan bakal berperang dlm dewan peperiksaan. Aku doakan kalian moga mendapat keputusan yg cemerlang..jgn lupa doakan aku sekali.. A'laikum bittaufiq wannajah fil imtihan....dan selamat bercuti..jumpa lg next semester..insyaAlLah..
Jumpa lg pd Hanashi Kimo yg akn datang..~sayonara~
waLLahu a'Lam..
Posted at 10:17 am by fa87
Permalink
Thursday, February 21, 2008

Bismillahirrahmanirrahim..
Selawat dan salam ke atas baginda Nabi Muhammad SAW..kaum kerabat serta sahabat2 baginda..
Assalamualaikum wbt…
Alhamdulillah, dengan izinNya aku bisa kembali utk melakar hanashi kimo yg ke-3. Walaupun agak lama menyepi disebabkan tugas2 yg senantiasa menantiku, namun bidang penulisan tetap tidak aku lupakan…kerana dgn penulisan, aku dapat meluahkn isi hati dan juga berkongsi ilmu dan pengetahuan kpda semua. Aku bersyukur dgn anugerah dan ilham yg dikurniakan olehNya…Alhamdulillah..
Sebelum aku bercerita dgn lebih lanjut apa itu GPTD dan MYGT, aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan setulus penghargaan pada Che Din, krn sudi menjadi penulis jemputan kat blog aku ni. Mumkin tanggungjawab beliau lebih besar kalau nak dibandingkan dgn menulis kat blog ni…tetapi itu tidak menjadi penghalang utk beliau berkarya dan menulis krn dgn ilmu yg beliau ada..insyaAllah akan dikongsikan pada kita semua.
Ermm…sebenarnya ilham aku kali ni taklah sebaik mana pun tapi dgn nekad dan keinginan aku utk menulis, insyaAllah akn dilakarkan dgn baik..
Baik…last hanashi kimo, aku ada mention utk menceritakan sedikit sebanyak apa itu GPTD dan MYGT. Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD) atau dlm version English nya, World Civilization Research Group, asalnya telah diasaskan oleh En. Ahmad Azam Abdul Rahman yg mana beliau merupakan mantan Pengerusi Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan dipengerusikan oleh En. Jufitri Joha. Misi kami ialah RAHMATAN LIL A'LAMIN (menyampaikan rahmat ke seluruh alam) dan visi kami ke arah melahirkan belia yg berjiwa besar. Kalau korang nak tau, GPTD ni sbenarnya nak train generasi muda cam kita utk jadi volunteers…malah bkn sahaja nak melahirkan sukarelawan yg serba boleh, ttp juga utk melahirkan pengembara muda yang lasak serta kaya dgn ilmu pengetahuan dan mengukuhkan diri dgn amalan kerohanian. Juga melatih golongan2 muda dgn kerja2 khidmat sosial di pringkat international dan mendedahkan sukarelawan kpd isu semasa dan antarabangsa. Antara lainnya juga melatih pemuda pada hari ini utk mempelajari bahasa2 asing spya boleh dijadikan sbagai satu platform utk mengkaji keagungan dan kehebatan serta jatuh bangunnya sesebuah tamadun besar dunia....haaa...mesti korang dah rasa teruja kan??hehe..
Utk pengetahuan korang juga, GPTD dah pun melahirkan relawan2 yang telah pun menjelajah ke beberapa buah negara dimana ianya adalah 5 projek utama dalam GPTD iaitu Spain-Latin America, France-Africa, China, Cocos Island and Turkey-Central Asia.
Korang nak tau x...mcmne aku boleh jatuh cinta dgn GPTD? Cite nya mcmni, thn lepas aku ada join satu program ni...Kem Sakti II namanya. Masa tu memang aku xtau pun GPTD tu apa. Tapi bila aku join kem tu, baru aku kenal dan yg paling aku teruja sekali tentang misi dan visi GPTD. Masa tu la aku dan kwn2 yg lain diberi pendedahan dan training awal utk jadi sukarelawan. Memang seronok...rasa nak ulang balik kem hari tu. Alhamdulillah lepas kem tu, aku dan geng aku yg lain follow up tiap2 program yang GPTD anjur. Memang banyak faedah yg aku dapat..malah banyak isu yg lebih global yg aku peroleh sejak aku jadi sebahagian keluarga GPTD. Thanx a lot pada abang2 dan kakak2 GPTD yg banyak beri tunjuk ajar pada aku selama ni...~~bodek2 cket~~ 
Dari Kem Sakti II tu la tertubuhnya Malaysian Youlth Global Treveller (MYGT), grup di bawah naungan GPTD. Masa tu memang xsangka pun kitaorg kna tubuhkan grup sendiri walhal kami baru je dalam training. Tapi kami cool je...alhamdulillah sekarang dah ada logo sendiri dan dah anjur Kejohanan Bowling MYGT-GPTD, awal bulan Februari dan kami juga telah dilatih utk menguruskan program pada bulan lepas. InsyaAllah aku dan geng aku akn bincangkan maskot utk MYGT supaya matlamat kami lebih jelas dan kuat. MYGT sendiri dah ada perancangan utk menguruskan satu projek besar yg akan dijalankn pada tahun ni...just wait and see...moga2 perancangan kami akan jadi satu realiti dan bukan angan2 semata...doakan kejayaan kami dalam GPTD dan juga MYGT..moga visi dan misi kami tercapai pada satu masa nanti...
Ermm...rasanya dah byk aku membebel kat sini. So kalau ada apa2 yg korang rasa musykil boleh je emel aku..insyaAllah penerangan yg lebih jelas ttg GPTD dan MYGT akan aku kongsikan dgn korang semua... 
Jumpa lagi pada Hanashi Kimo yg akan datang...~sayonara~
waLLahu a'Lam...
Posted at 06:17 am by fa87
Permalink
Monday, February 18, 2008
Assalamualaikum warahmatulLahi wabarakatuh. Salam perkenalan. Aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada Sdri. Makiko Fatihah sebab jemput aku jadi penulis tamu kat sini. Waktu dia jemput aku tempoh hari, aku dah beritahu dia yang aku akan tulis secara santai dan pendek je. Dia setuju. Jadi aku pun coret le sikit apa-apa yang diilhamkan olehNya. Hmmm.... nak mula dari mana ye? Penulisan lah kot? Baik. Penulisan. Penulisan ni sebenarnya dah aku tinggalkan sementara, tapi agak lama juga. Bila tengok senior-senior masih lagi menyumbang artikel, sekurang-kurangnya di weblog mereka sendiri, sedikit 'membakar' aku untuk kembali menulis. Tetapi masa seolah-olah memusuhiku. Rupa-rupanya, aku baru perasan ketidaksempatan aku untuk menulis hanyalah akibat ketidakmahuan aku sendiri. Tak cukup masa merupakan alasan yang sengaja direka untuk mententeramkan gelodak jiwa yang sebenarnya membuak-buak ingin menulis. Apa manfaatnya menulis ni? Setiap orang mungkin ada jawapan yang berbeza. Mungkin ada yang akan menjawab dari perspektif ilmu. Ada juga yang beranggapan sebagai hobi. Aku? Apakah jawapan aku? Entahlah. Aku sukar nak gambarkan secara tepat. Tapi, yang aku tahu dengan menulis ni, dapat meluahkan hampir segala yang terbuku di hati. Dengan penulisan juga kita dapat mempengaruhi manusia lain. Melalui tulisan juga, kita hampir dapat mengenali peribadi seseorang (sekiranya penulisan itu dicatat dengan ikhlas). Dan yang utama, penulisan jugalah merupakan gedung ilmu. Korang pulak macam mane? ************************************************************************************************* Semalam aku sempat bersembang dengan Encik Sahalfikri sebelum tidur. Kami bersembang pasal ilmu dan tasawwuf. Insya Allah, jika ada jodoh aku akan cuba sentuh bab tu dalam tulisan seterusnya. Terima kasih Cik Makiko!
~Che' Din~
Posted at 11:58 pm by Che' Din
Permalink
Monday, January 28, 2008
Bismillahirrahmanirrahim.. Selawat dan salam ke atas baginda Nabi Muhammad SAW..kaum kerabat serta sahabat2 baginda.. MARILAH kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dengan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang bertakwa dan beriman serta selamat di dunia dan di akhirat…insyaAllah.. Alhamdulillah..setelah 2 hari diberi ujian pdku, kini aku dapat kembali semula utk terus melakar coretan cerita hatiku. Beberapa hari yg lepas aku terbaring lesu akibat demam panas, tapi alhamdulillah dgn izinNya aku sudah pulih seperti sedia kala. Betapa hebat ujianMu ya Allah..baru aku tahu betapa sayangnya Engkau pd hamba2Mu..Kau tidak pernah lupa pd hambaMu namun hambaMu ini yg sering lupa akan kewujudan dan keEsaanMu. Mumkin ini sebagai kifarah dosa drpdaMu ya Allah….Astaghfirullahal a'zim.. Banyak sebenarnya yg ingin aku ceritakan tapi masa yg ada tidak mengizinkan aku utk bercerita panjang. Cukuplah sekadar berkongsi sedikit dan secebis pengalaman dgn sahabat2 sekalian. Bak kata Hassan al-Banna, 'tanggungjawab yg ada lebih banyak dari masa yg ada'. Apa2 pun aku ucapkan terima kasih pada korang, ahli MYGT (yg mana terlibat) yg sudi menjayakan Seminar Perkongsian Pengalaman Relawan GPTD pada minggu yg lalu. Mumkin ada sedikit kesilapan tapi itulah yg dinamakan 'practice make perfect'. Aku bangga denga korang. Walau pun tanpa sedar kita melalui banyak halangan malah pelbagai kritikan tapi korang masih setia…syabas aku ucapkan. Inilah yg dikatakan gerak kerja yg selaras dgn kerjasama, co-operation. Mumkin kita masih baru utk dinobatkan sebagai ahli yg sentiasa bergerak pantas tanpa mengira batas dan keperluan. Tapi inilah hakikat yg perlu kita hadapi..sebagai ahli yg baru dalam gerakan GPTD, aku kagum melihat kerjasama yg korang berikan walau pun ada ahli dikalangan kita terpaksa drop disebabkan beberapa faktor yg tidak boleh dielakkan. Orang kata kuantiti yg banyak xsemestinya menghasilkan kerja yg berkualiti. Ternyata statement tu benar dan kita telah pun membuktikan bahawa tanpa berpuluh-puluh kakitangan pun kita mampu utk manjayakan sesuatu majlis atau program walaupun tidak sesempurna yg diharapkan. Kadang2 kesilapan yg tidak disengajakan itu bukan kemahuan kita, dan ianya diluar jangkaan kita. Namun seringkali apa yg kita harapkan tidak sesempurna yg kita impikan...tak perlu utk kita berputus asa kerana setiap kekurangan itu juga akan memberi pengajaran dan tauladan yg mumkin berguna utk kita pada masa akan datang. Sebagaimana Firman Allah SWT yg brmaksud : "Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu adalah baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia tidak baik bagi kamu, Allah lebih mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui."(Al-Baqarah : 216) Perlu kita ingat bahawa setiap perkara yg kita inginkan tak semestinya terbaik utk kita. Namun apa yg lebih pnting adalah usaha kita utk mencapai yg terbaik dlm hidup kita. Dan utk mncapai kejayaan itu kita perlukan sedikit pengorbanan...Pengorbanan dr pelbagai sudut dan perspektif. Berkorban apa saja..dri sudut kewangan, tenaga dan sebagainya. Arghh..trlalu panjang utk aku elaborate'kan ttg pengorbanan. Mumkin aku akan ceritakan tentang pengorbanan pada lembaran akan datang..insyaAllah. Tapi apa yg pasti kami MYGT akan teruskan perjuangan kami sbg sukarelawan yg sentiasa berkorban utk merealisasikan impian dan harapan kami utk membangunkan anak bangsa...insyaAllah..
Mumkin ade yg tertanya2 ape sbnrnye GPTD dan MYGT..insyaAllah akn diceritakan pd next episode..huhu..saje je wat suspen korang sume.. papepun rajin2 la buka laman web ni utk pengetahuan korang sume...
http://gptd.blogspot.com InsyaAllah pada Hanashi Kimo yg akan dtg, akan diceritakan lebih lanjut apa itu GPTD dan MYGT…~sayonara~ Wallahu a'alam..
Posted at 08:24 pm by fa87
Permalink
Thursday, January 10, 2008
Hayati Peristiwa Hijrah Rasulullah SAW..
Bismillahirrahmanirrahim.. Selawat dan salam ke atas baginda SAW...kaum kerabat serta sahabat2 baginda.. MARILAH kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dengan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang bertakwa dan beriman serta selamat di dunia dan di akhirat…insyaAllah.. Alhamdulillah 1 Muharam 1429H telah pun membuka tirainya. Ini bererti hijrah Rasulullah SAW telah berlalu beberapa abad yg lalu. Walau bagaimanapun ianya tetap menjadi kenangan dan hingga ke hari ini, di mana seluruh umat Islam memperingatinya. Peristiwa ini sememangnya tidak boleh dilupakan kerana hijrah Rasulullah SAW merupakan sejarah agung yang telah membawa perubahan kepada kehidupan umat Islam ketika itu kepada kehidupan yang bertamadun lagi sempurna. Jika kita kaji dan selidiki hijrah Rasulullah SAW dan para sahabat dari Mekah ke Madinah itu, kita akan dapati hijrah tersebut telah membawa perubahan yang besar kepada kebangkitan, kemantapan dan perkembangan agama Islam..bahkan hijrah itu sebagai titik permulaan kuasa Islam berkembang dan tersebar ke seluruh dunia. Oleh itu penghayatan di sebalik peristiwa hijrah itu jadikan sebagai pengajaran untuk menjalani kehidupan. Ia adalah sesuatu yang dikehendaki dan dituntut dalam Islam kerana pengajaran dan iktibar dari peristiwa hijrah itulah peninggalan Rasulullah SAW yang amat berharga dan berguna jika dimanfaatkan. Walaupun hijrah Rasulullah SAW tidak akan berlaku lagi di zaman ini tetapi mesej hijrah tetap berterusan sampai bila-bila. Rasulullah SAW telah bersabda yg bermaksud: Dari Muawiyah r.a. berkata: "Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Hijrah itu tidak akan terhenti sehinggalah tertutupnya peluang taubat dan peluang taubat itu tidak akan tertutup sehinggalah matahari terbit dari tempat terbenamnya.'' Dari hadis tersebut jelas menunjukkan bahawa hijrah itu akan terus berlaku dalam kehidupan umat Islam. Hijrah dalam erti kata meninggalkan segala perbuatan yang ditegah dan diharamkan menuju ke arah kehidupan yang lebih baik dan sempurna dan mendapat keredhaan Allah SWT. Hijrah seperti inilah yang wajib dilakukan oleh setiap orang Islam. Firman Allah SWT dalam Surah Al-Muddatstsir ayat 5 mafhumNya: "Dan segala kejahatan, maka hendaklah engkau jauhi." Sabda Rasulullah SAW yg bermaksud: Dari Abdullah bin Amru r.a dari Nabi SAW bersabda: "Dan orang yang berhijrah itu adalah barangsiapa yang berhijrah dari apa yang dilarang oleh Allah SWT." Dalam memperingati hijrah ini apa yang perlu bagi kita umat Islam ialah membetulkan hala tuju niat, di mana segala peribadatan dan perjuangan hidup hendaklah semata-mata kerana Allah SWT, bukan kerana sesuatu atau dengan kata lain disebabkan masalah keduniaan dan sifat kepura-puraan. Ingatlah...dengan niat yang ikhlas kerana Allah sahajalah penentu amalan diterima Allah SWT. Perkara ini dijelaskan dalam hadis Rasulullah SAW seperti mana sabda baginda yang bermaksud: Dari Umar bin Khattab r.a berkata: "Aku mendengar bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya setiap amalan dengan niat. Sesungguhnya balasan bagi setiap orang itu mengikut apa yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kerana untuk mendapatkan dunia maka ia akan memperolehinya dan barangsiapa berhijrah untuk mendapatkan wanita maka ia akan mengahwininya. Balasan hijrahnya mengikut apa yang diniatkan kepadanya." Oleh itu, sebagai langkah ke arah meningkatkan ketakwaan dan keimanan kita kepada Allah SWT, maka sewajarnya kita membuat penilaian terhadap apa jua yang kita lakukan, apakah amalan dan perbuatan kita selama ini disertai dengan niat ikhlas semata-mata kerana Allah SWT. Niat biarlah betul dan tulus dan janganlah niat itu disertai dengan riak, janganlah hidup berpura-pura jika mahu apa yang dimaksudkan tercapai dan diperkenankan Allah SWT. Ingatlah, bahawa Allah SWT mengetahui segala apa yang dilakukan oleh hamba-hamba-Nya. Firman Allah dalam Surah At-Taubah ayat 16 mafhumNya: "Dan ingatlah Allah Maha Mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu kerjakan." Kita bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana masyarakat kita pada hari ini sentiasa memperingati ketibaan Awal Tahun Hijrah dengan mengadakan Majlis Ilmu seperti forum-forum, ceramah dan bermacam-macam lagi acara keagamaan. Inilah peluang bagi kita untuk menghayati dan mengambil ikhtibar terhadap peristiwa hijrah dan semoga dengan meraikan dan membesarkan peristiwa bersejarah ini, ianya akan tetap segar sampai bila-bila dan diketahui oleh semua generasi, khususnya generasi akan datang...bahawa hijrah Rasulullah SAW itu sebagai catatan sejarah dalam tamadun Islam. Umat Islam perlu sedar dan menjadikan iktibar bahawa nilai pengorbanan diri, keluarga, harta dan tanah air yang telah ditunjukkan oleh Baginda Rasulullah SAW dan para sahabat itu amat tinggi dan semuanya itu dilakukan semata-mata ikhlas dan taat kepada Allah SWT. Dan sesungguhnya peristiwa hijrah itu telah menguji keimanan mereka. Hasil jihad yang dilakukan dan kesabaran yang mereka miliki itu telah mendapat ganjaran di sisi Allah SWT . Firman Allah dalam Surah Al-Anfaal ayat 74 mafhumNya: "Dan orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah untuk membela Islam dan orang-orang ansar yang memberi kediaman dan pertolongan kepada orang-orang Islam berhijrah itu, merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya, mereka beroleh keampunan dan limpah kurnia yang mulia." Justeru itu adalah tidak memadai dengan hanya mengadakan majlis untuk memperingati hijrah jika tidak ada kesedaran untuk meningkatkan ketakwaan dan ketaatan kepada Allah SWT...tiada kesanggupan untuk berjihad, berkorban dan bersabar. Berapa ramaikah yang sanggup berkorban pada jalan Allah dengan harta, masa dan tenaga untuk membantu orang-orang lain...? cuba kita renungkan kembali.. Sememangnya amat berat untuk mengikuti hijrah Rasulullah SAW kerana hijrah baginda dalam ruang lingkup yang luas yang di antaranya tidak mungkin dapat dilakukan oleh manusia seperti kita. Tetapi apakah kita umat Islam sekarang tidak sanggup berkorban pada jalan Allah bagi manfaat orang lain sebagaimana kita berkorban untuk saudara dan keluarga kita. Maka di sinilah peluang penghayatan hijrah pada diri seseorang jika mahu mengubah kehidupan ke arah yang lebih baik dan sempurna dan beroleh keredhaan Allah SWT. Oleh itu hayatilah pengajaran-pengajaran yang diperolehi daripada peristiwa hijrah itu. Jadikan ia sebagai wasilah dan landasan ke arah maksud hijrah yang sebenar...iaitu peribadatan dan amalan yang membawa kebaikan dan kesempurnaan hidup baik semasa berada di dunia mahupun apabila di akhirat kelak. Akhirnya melalui hijrah ini marilah kita sama-sama muhasabah diri...bertaubat dan memohon maghfirah dari segala dosa-dosa yang kita lakukan selama ini. Firman Allah SWT dalam Surah At-Taubah ayat 20 mafhumNya: "Sesungguhnya orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dengan harta dan jiwa mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah daripada orang-orang yang hanya memberi minum orang-orang haji dan orang-orang memakmurkan masjid sahaja dan mereka itulah orang-orang yang berjaya."
Wallahu a'lam....
Posted at 02:07 am by fa87
Permalink
Thursday, January 03, 2008
Bismillahirrahmanirrahim.. Selawat dan salam ke atas Baginda Nabi Muhammad SAW..kaum kerabat baginda serta sahabat2.. Alhamdulillah..masih diberi peluang olehNya utk melihat kebesaran Allah SWT. Mataku masih bisa melihat betapa indahnya ciptaan Allah, betapa besarnya nikmat yg telah dikurniakan pd hamba-hambaNya. Dan aku masih di sini utk meneruskan perjuanganku yg masih belum selesai..Walaupun banyak halangan yg terpaksa aku tempuhi namun aku msih diberi kekuatan utk meneruskan pengajianku di sini. Berkat doa dan kesabaranku, serta doa kedua ibu bapaku yg tercinta..begitu besar nikmatMu pd hamba ya Allah. Mumkin itulah yg dikatakn janji-janji Allah pada orang yg sabar.. Tanpa aku sedari, tahun 2007 sudah pun menutup tirainya dan tahun 2008 membuka lembarannya. Dan dlm masa beberapa hari lg akan tiba Maal Hijrah, tahun baru Islam. Dan pd tahun baru 2008 ini juga bermulanya semester yg baru. Semester yg mumkin menakutkan bagiku..tapi insyaAllah akan aku tempuhi dgn sabar, usaha dan tawakkal padaNya. Tahun 2007 juga banyak meninggalkan kenangan yg mengusik jiwa..Tak mumkin dapat aku hapuskan dari ingatanku ini. Segala-galanya masih terpahat indah dalam hati dan sanubariku. Hanya Dia yg mampu mengubah segala-galanya... Asykuruka ya Rabbi..ungkapan yg tak pernah aku lupakan pd setiap kali menyembahMu ya Allah. Dan tak lupa juga memohon maghfirahMu agar diampunkan segala dosa-dosaku, dosa kedua ibu bapaku, adik beradikku dan juga dosa-dosa seluruh umat Islam di muka bumi ini. Aku sering memohon pdMu ya Allah..agar dikuatkan hati ini agar sabar, redha, taat akn perintahMu dan meninggalkan laranganMu. Mampukah diri ini ya Allah.. Teringat pula pada seorang sahabat. Selalu nasihatkanku kepada kebaikan..alhamdulillah kerana dikurniakan sahabat sepertinya. Teringat juga kata-kata sahabatku beberapa minggu yg lalu..tentang firman Allah dlm surah al-Zalzalah ayat 1-8..yg bermaksud : 1. Apabila bumi digegarkan Dengan gegaran Yang sedahsyat-dahsyatnya, 2. Serta bumi itu mengeluarkan Segala isinya, 3. Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun); "Apa Yang sudah terjadi kepada bumi?" 4. Pada hari itu bumipun menceritakan khabar beritanya: 5. Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian). 6. Pada hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing) - untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka. 7. Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! 8. Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Ya Allah..betapa dahsyatnya pada hari yg telah Kau janjikan itu. Tatkala mendengar bacaan surah al-Zalzalah, aku terasa gerun, seram...menakutkan. Aku dengarkan pula nasyid Menanti di Barzakh..bertambah gerun hamba ya Allah. Sungguh menakutkan..tidak dapat aku bayangkan bagaimana penghidupanku selepas kematian nanti. Dan bilakah kematian yg pasti itu akan datang pdaku..aku semakin takut ya Allah. Hanya amalan yg akan menentukan syurga atau nerakakah aku. Ya Allah..ampunkan hamba. Jauhkanlah hamba dari seksaan api nerakaMu dan tempatkanlah hamba di syurgaMu. Sesungguhnya aku tak layak ke syurgaMu namun tidak pula aku sanggup ke nerakaMu.. Bukankah Allah telah berfirman, dlm surah al-Imran, ayat ke 173-174...mafhumNya... "Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Dia adalah sebaik-baik Pelindung. Maka mereka kembali dengan nikmat dan kurnia yg besar dari Allah, mereka tidak ditimpa bencana dan mereka mengikuti keredaan Allah. Dan Allah mempunyai kurnia yg besar. " Itulah ayat suci yg selalu kupegang sebagai pembakar semangat utk diri yg serba kekurangan ini. Aku yakin dgn pertolongan Allah swt..sebagai hambaNya yg lemah dan kerdil ini, aku sentiasa sedar betapa besar kurniaanNya pd setiap hambaNya. Aku juga manusia biasa yg sering melakukan dosa dalam sedar atau tidak..dgn sengaja atau pun tidak. Tapi Allah itu maha Pengampun lagi maha Mengasihani pd hambaNya yg ingin bertaubat dan kembali pd jalanNya. Betapa besar nikmat yg dikurniakn olehNya..Subhanallah... Hidup di dunia ini hanyalah sementara..mungkin hari ini atau esok atau lusa atau bila-bila masa sahaja, nyawa kita akan diambil olehNya. Semua nikmat kurniaanNya hanyalah pinjaman semata-mata..tapi adakah selama ini aku sedar bahawa hidup ini juga hanyalah pinjaman semata-mata...?? Astaghfirullahal a'zim.. Ya Allah, betapa aku lalai dan alpa pdMu..Kau lindungilah hamba ini dari setiap kelalain dan kealpaan..dari segala keburukan dan kejahatan..hanya pdMu aku berserah ya Allah..ampunilah daku dan jadikanlah aku sebagai hambaMu yg selalu bersyukur atas nikmat kurniaanMu...berkatilah hidupku dengan rahmat dan kasih sayangMu..berikan aku kekuatan dalam menegakkan agamaMu yg benar ini..ameenn..ameen..ya Rabbal A'lamin.. Taema-naku...
Posted at 07:39 am by fa87
Permalink

Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Seorang Lelaki Yang Beriman Yang Hatinya Disaluti Rasa Taqwa Kepada Allah SWT Yang Sentiasa Haus Dengan Ilmu Yang Sentiasa Dahaga Dengan Pahala Yang Solatnya Adalah Maruah Dirinya Yang Tidak Pernah Takut Berkata Benar Yang Tidak Pernah Gentar Untuk Melawan Nafsu Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Lelaki Yang Menjaga Tuturkatanya Yang Tidak Bermegah Dengan Ilmu Yang Dimilikinya Yang Tidak Bermegah Dengan Harta Dunia Yang Dicarinya Yang Sentiasa Berbuat Kebaikan Kerana Sifatnya Yang Pelindung Yang Mempunyai Ramai Kawan Dan Tidak Mempunyai Musuh Yang Bersifat Jembalang Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Lelaki Yang Menghormati Ibubapanya Yang Sentiasa Berbakti Kepada Kedua Orang Tua Dan Keluarga Yang Bakal Menjaga Keharmonian Rumahtangga Yang Akan Mendidik Anak-Anak Dan Isteri Mendalami Agama Islam Yang Mengamalkan Hidup Penuh Kesederhanaan Kerana Dunia Baginya Adalah Rumah Sementara Menunggu Akhirat Lelaki Acuan Al-Quran Sentiasa Bersedia Untuk Agamanya Yang Hidup Di Bawah Naungan Al-Quran Dan Mencontohi Sifat Rasulullah SAW Yang Boleh Diajak Berbincang Dan berbicara Yang Sujudnya Penuh Kesyukuran Dengan Rahmat Allah Ke Atasnya Lelaki Acuan Al-Quran Tidak Pernah Membazirkan Masa Matanya Kepenatan Kerana Kuat Membaca Yang Suaranya Lesu Kerana Penat Mengaji Dan Berzikir Yang Tidurnya Lena Dengan Cahaya Keimanan Bangun Subuhnya Penuh Dengan Kecerdasan Kerana Sehari Lagi Usianya Bertambah Penuh Kematangan Lelaki Acuan Al-Quran Sentiasa Mengingati Mati Yang baginya Hidup Di Dunia Adalah Ladang Akhirat Yang Mana Buah Kehidupan Itu Perlu Dibajai Dan Dijaga Meneruskan Perjuangan Islam Sebelum Hari Kemudian Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Lelaki Yang Tidak Mudah Terpesona Dengan Buaian Dunia Kerana Dia Mengimpikan Syurga Di Situlah Rumah Impiannya Bersama Wanita Acuan Al-Quran... Mampukah engkau wahai bani adam utk menjadikn dirimu sbg Lelaki Acuan al-Quran??? Dan mampukah aku utk mnjadi Wanita Acuan al-Quran?? Arghh..betapa aku inginkan lelaki seperti itu..tpi apakah aku layak utk menjadi teman pada Lelaki Acuan Al-Quran??? Sama2 kita renungkan..  Ya Allah..jadikan kami sbg Lelaki2 dan Wanita2 acuan al-Quran.. Semoga kami dapat menuju redhaMu..cintaMu..syurgaMu.. 
Posted at 07:08 am by fa87
Permalink
Monday, December 31, 2007
Indahnya akhlak Rasulullah..
Bismillahirrahmanirrahim.. selawat dan salam buat baginda kekasih Allah..Muhammad SAW, kaum kerabat serta sahabat2 baginda.. Sama2 kita hayati cerita di bawah, moga mendapat teladan yang berguna utk kita semua..insyaAllah..  Betapa indahnya akhlak Rasulullah..berbeza sungguh akhlak kita dgn baginda, seperti langit dan bumi. Ketika hidup baginda, baginda tetap membantu isteri baginda. Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Baginda juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual. Setiap kali pulang ke rumah,bila dilihat tiada makanan yang sudah siap dimasak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina'Aisyah menceritakan "Kalau nabi berada di rumah,baginda selalu membantu urusan rumahtangga. Jika terdengar azan,baginda cepat-cepat berangkat ke masjid,dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang." Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar waktu itu.Tetapi dilihatnya tiaada apa pun yang ada untuk sarapan.Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, "Belum ada sarapan ya Humaira?" (Humaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina'Aisyah yang bererti Wahai yang kemerah-merahan) Aisyah menjawab dengan agak serba salah, "Belum ada apa-apa wahai Rasulullah." Rasulullah lantas berkata, "Jika begitu aku puasa saja hari ini." tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya. Sebaliknya baginda amat marah tatkala melihat seorang suami memukul isterinya. Rasulullah menegur, "Mengapa engkau memukul isterimu?" Lantas soalan itu dijawab dengan agk gementar, "Isteriku sangat keras kepala.Sudah di beri nasihat dia tetap degil,jadi aku pukul dia." "Aku tidak bertanya alasanmu." sahut Nabi s.a.w. "Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?"
Pernah baginda bersabda, "sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya." Prihatin,sabar dan tawadhu'nya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpim umat. Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang, "Ya Rasullah,kami melihat seolah-olah engkau menanggung penderitaan yang amat berat, engkau sakitkah ya Rasullah?" maka dijawab oleh baginda, "Tidak,ya Umar. Alhamdulillah,aku sihat dan segar."
"Ya Rasulullah......mengapa setiap kali engkau menggerakkan badan,kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh engkau? Kami yakin engkau sedang sakit.." desak Umar penuh cemas. Akhirnya Rasulullah SAW mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergerakan tubuh baginda. "Ya Rasulullah!Adakah bila engkau menyatakan lapar dan tidak punya makanan,kami tidak mendapatkannya buat engkau?" Lalu baginda menjawab dengan lembut, "Tidak para sahabatku. Aku tahu,apapun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya? Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku,agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak." Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan disebelah seorang tua yang penuh kudis,miskin dan kotor. Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah dilehernya dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu. Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH SWT dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah SAW menolak sama sekali rasa ketuanan. Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH SWT langsung tidak dijadikannya sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika dihadapan ramai mahupun dalam keseorangan. Pintu syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak. Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi. Bila ditanya oleh Sayidatina Aisyah, "Ya Rasulullah,bukankah engkau telah dijamin syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?" Jawab baginda dengan lunak, "Ya Aisyah,bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? sesungguhnya aku ingin menjadi hambaNYA yang bersyukur." ya Allah..betapa indah akhlak Rasulullah..mampukah kita utk mnjadi seperti baginda..?? Itulah sedikit sebanyak cerita tentang seorang yang mulia kekasih ALLAH SWT pemimpin umat, sudilah kiranya kita sebagai umat baginda dapat mencontohi apa yang baginda lakukan hanya untuk mendapat cinta dan redha ALLAH SWT semata...sama-sama kita bertanya dalam hati kita kapankah kita akan melakukan seperti baginda lakukan,dan semoga sebaris kalimat diatas dapat mamacu hati kita untuk lebih mendekatkn diri kepada sang pencipta....ALLAH SWT...insyaAllah.. wallahu a'lam..
Posted at 07:57 am by fa87
Permalink
Saturday, December 22, 2007
Bayangkan jika Rasulullah SAW datang ke rumah kita..
Assalamualaikum wbt... Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad SAW..kaum kerabatNya serta sahabat2 baginda.. Bayangkan apabila Rasulullah SAW tiba2 mengetuk pintu rumah kita...
Baginda datang dgn wajah trsenyum dan muka bersih dimuka pintu rumah kita. Apa yg kita akan lakukan?? Mestinya kita akan sgt berbahagia, memeluk baginda erat2 dan lantas mempersilakan baginda masuk rumah kita. Kemudian kita tentunya akan meminta dgn sgt agr baginda sudi menginap bebrapa hari di rumah kita. Baginda tentu tersenyum... Tapi barang kali kita minta kpd Rasulullah SAW menunggu sebentar di depan pintu krn kita teringat VCD rated 18 + yg ada di ruangan tengah dan kita trgesa2 memindahkan dahulu video trsebut ke dlm. Baginda tentu tetap tersenyum.. Barang kali kita akan memindahkan lafaz ALLAH dan MUHAMMAD yg ada di ruangan samping atau mgkin kita tidak tahu ada di mana utk kita letakkan di ruangan tamu. Baginda tentu tersenyum.. Bagaimana bila kemudian baginda bersedia utk menginap di rumah kita?? Barangkali kita teringat anak kita lebih hafal lagu barat drpd menghafal selawat kpd Rasulullah SWT. Barang kali kita menjadi malu bahawa anak-anak kita dan isteri tidak mengetahui sedikitpun tenteng sejarah Rasulullah SWT kerana kita lupa dan lalai mengajari mereka. Baginda tentu tersenyum..... Barangkali kita menjadi malu bahawa anak kita tidak mengetahui satupun nama keluarga Rasulullah SAW dan sahabat-sahabatnya tetapi lebih hafal diluar kepala mengenai anggota Power Rangers atau nama artis. Barangkali kita harus membuat satu bilik menjadi ruangan untuk solat. Barangkali juga kita teringat wanita dirumah kita tidak memiliki koleksi pakaian yang sesuai untuk berhadapan dengan Rasulullah SAW. Baginda tentu tersenyum..... Belum lagi koleksi buku-buku kita dan anak-anak kita. Belum lagi koleksi kaset kita dan anak-anak kita. Belum lagi koleksi karaoke kita dan anak-anak kita. Kemana kita harus menyingkirkan semua koleksi tersebut demi menghormati junjungan kita??? Barangkali kita menjadi malu diketahui Rasulullah SAW bahawa kita tidak pernah ke masjid meskipun suara azan begitu jelas dalam pendengaran kita. Baginda tentu tersenyum..... Barangkali kita menjadi malu pada saat maghrib bahawa keluarga kita menjadi sibuk dengan TV. Barangkali kita menjadi malu kerana kita menghabiskan hampir seluruh waktu kita habiskan untuk mencari kesenangan duniawi. Barangkali kita menjadi malu kerana keluarga kita tidak pernah menjalankan solat sunnah. Barangkali kita menjdi malu kerana keluarga kita sangat jarang membaca Al-quran. Barangkali kita menjadi malu kerana kita tidak mengenal jiran-jiran kita. Betapa senyum baginda masih ada disitu.......... Bayangkan apabila Rasulullah SAW tiba-tiba muncul didepan pintu rumah kita.......Apa yang akan kita lakukan?????? Masihkah kta memeluk baginda dan mempersilahkan baginda masuk dan menginap di rumah kita?? Ataukah akhirnya dengan berat hati, kita akan menolak baginda berkunjung ke rumah kita kerana hal itu akan membuat kita payah dan berasa malu. Maafkan kami ya Rasulullah....... Masihkah baginda tersenyum?? Senyum pilu, senyum sedih dan senyum getir.....betapa memalukan kehidupan kita saat ini di mata Rasulullah SAW...Kita sangat mengharapkan Syafaat baginda pada saat kita luntang-lantung dipadang mahsyar kelak, padahal kita jarang sekali menyebut namanya, keadaan kehidupan kita sangat jauh dari yang dicontohkan oleh Rasulullah SAW. Wahai sahabat2 sekalian,tanpa kehadiran Rasulullah pun di rumah kita, yakinilah bahawa segala kehidupan kita berada dalam penglihatan ALLAH SWT, tidak ada yang luput dari penglihatanNya. Jika kita fikirkan balik, betapa sayangnya Rasulullah pda kita bahkan ketika baginda berperang dgn maut pun, baginda tetap menyebut ummati...ummati...ummati... Jadi apa salahnya kita berselawat utk baginda, mencontohi akhlak baginda serta berpegang pda sunnah baginda?? Itulah tandanya kita sayang pada baginda.. sama2 kita amalkan..insyaAllah, moga kita mendapat syafaat. Wallahu a'lam...
Posted at 08:03 pm by fa87
Permalink
Friday, December 21, 2007
Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillahi rabbil a'lamin..syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnianya dpt sy siapkan blog sy sendiri yg xseberapa ini..insyaAllah dgn adanya blog Makiko ni, dpt sy kongsikan dgn kalian semua tentang dakwah islamiah dan juga coretan cerita hati serta perkongsian pengalaman sy sendiri...insyaAllah.
Sebelum tu, sy mohon pada sahabat2 sekalian..supaya berselawat ke atas junjungan besar nabi Muhammad SAW ketika membuka blog sy ni..insyaAllah sama2 kita memohon keberkatan dan syafa'at dari baginda..
Sebagai permulaan dan muqaddimah blog sy ni...ingin sy mengucapkan Salam Eidul Adha buat semua sahabat2 serta pada keluarga tercinta dan pada seluruh umat Islam secara amnya. Marilah kita sama2 memohon dan memanjatkan kesyukuran kerana masih diberi peluang utk melihat keindahan ciptaanNya dan masih diberi peluang utk meraikan Hari Raya Korban pada kali ini.
Di sini juga sy ingin dedikasikan salam ukhwah fillah pada semua sahabat2 tak kira di mana saja kalian berada terutama sekali pada Ex-student SK Kampung Laut, SMUA Bustanus Saadah, SMUA Maahad Muhammadiah Pasir Pekan dan SMK Dato' Biji Wangsa Tumpat. Tak lupa juga pada semua sahabat2 Kolej Legenda yang seangkatan dan seperjuangan dgn sy sekarang ni..
Wal akhiran..sy ingin memohon maaf sekiranya tersalah bahasa tersilap tutur kata..apa yang buruk dtg dari diri sy sendiri dan yang baik semuanya dtg dari Allah. InsyaAllah jika diberi kesempatan olehNya, sy akan upgradekan lagi blog ni dgn pengisian yang lebih berfaedah dan dpt menjana minda kita semua ke arah amar ma'ruf nahi munkar..insyaAllah... Moga2 diberi kekuatan utk meneruskan dakwah islamiah ini.. barakallhu fi...
Wallahu a'lam...
Posted at 09:46 am by fa87
Permalink
|
|

fa87
..::Demi Masa::..
..::Hari Ini::..

~In ISLAM, there is no word for HANDS UP, there is no word for SURRENDER, there are only two things.."WIN as a MUJAHID or DIE as SYUHADA"~

|
|