|
Assalamualaikum warahmatulLahi wabarakatuh diucapkan kepada semua pengunjung blog ini. 30. Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: "Tuhan kami ialah ALLAH", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): "Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu." 31. "Kamilah penolong-penolong kamu dalam kehidupan dunia dan pada hari akhirat; dan kamu akan beroleh - pada hari akhirat - apa yang diingini oleh nafsu kamu, serta kamu akan beroleh - pada hari itu - apa yang kamu cita-citakan untuk mendapatnya." 32. "(Pemberian-pemberian yang serba mewah itu) sebagai sambutan penghormatan dari ALLAH Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani!" 33. Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) ALLAH, serta dia sendiri mengerjakan amal soleh, sambil berkata: "Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada ALLAH)!" 34. Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib. 35. Dan sifat yang terpuji ini tidak dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang-orang yang bersikap sabar, dan tidak juga dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang yang mempunyai bahagian yang besar dari kebahagiaan dunia dan akhirat. 36. Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari syaitan, maka hendaklah engkau meminta perlindungan kepada ALLAH. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui. Rasanya semua boleh membaca maksud serta memahami ayat-ayat di atas dengan jelas. Dapat kuringkaskan beberapa tema ayat di atas sebagai berikut:
WalLahu Ta'ala a'lam. *Sila ikuti pengajian tafsir al-Quran untuk mendapat tafsiran yang lebih jelas dan tepat berkenaan ayat-ayat di atas. |
| Leave a Comment: |