|

BismilLahirrahmanirrahim… Segala puji bg Allah yg mnciptakn seluruh alam.. Selawat dan salam ke atas baginda Rasulullah SAW..kaum kerabat serta sahabat2 baginda.. Assalamualaikum wbt.. Terlebih dahulu syukran kathira aku ucapkn pd Che Din krn sudi berkongsi ilmu/pesanan yg aku kira amat bermanfaat kpd kita semua..insyaAllah. Mudah2an ade keberkatan yg dpt kita kecapi melalui perkongsian ilmu ini..jazaakaLlahu khairan kathira..  Setelah sekian lama menghilangkan diri akhirnya aku kembali utk melakarkn sedikit 'cenderahati' buat sahabat2 sekalian.. Eceli bkn sengaja utk menghilangkn diri tetapi ade beberapa prkara yg perlu aku uruskn. Alhamdulillah segalanya telah dipermudahkan olehNya. Sepanjang cuti semester yg lepas telah byk perkara yg berlaku dan ianya menjdi kenangan manis, pahit, suka dan duka bagiku dan jua seluruh kluargaku. Arghh..klu aku dberi pluang yg kesekian kalinya, pastinya aknku pilih utk berada disamping keluargaku…alangkah indah hidup ini… Ok la..aku xnak membebel byk2 kt cni sbb rsnye xperlu aku bercerita panjang ttg diri yg serba kekurangan ini. Kali ni aku nk bercerita ttg seorang srikandi..mumkin kalian jarang mndengar kisah beliau. Mula2 aku baca kisahnya, aku sudah tertarik. Alangkah bagusnya kalau aku boleh menyambung perjuangan beliau…Serikandi yg aku maksudkn adalah Arwa binti Abdul Mutalib, beliau adalah salah seorang ibu saudara Rasulullah SAW. Arwa merupakan seorg drpd puteri Abdul Mutalib bin Hashim, nenda Rasulullah SAW. 5 lagi puteri Abdul Mutalib adalah Ummu Hakim (Baidhaa'), Atikah, Barrah, Umaimah dan Shafiyah. Namun, dikalangan mereka hanya Arwa dan Shafiyah shja yg memeluk Islam. Manakala saudara2 lelakinya trdiri drpd 10 org iaitu, Al-Harits, Az-Zubair, Abu Thalib, Abdullah, Hamzah, Abu Lahab, Al-Ghaidaq, Al-Muqawwim, Shaffar dan Al-Abbas. Arwa pernah mengahwini 2 org lelaki di mana ketika zaman jahiliyah, Arwa telah mengahwini Umair bin Wahab bin Abdul Manaf dan dikurniakan seorg cahaya mata bernama Khulaib atau kdg kalanya disebut Tulaib. Slps kematian Umair, Arwa dikahwini pula oleh Arta'ah bin Syurahbil bin Hashim. Mereka dikurniakan seorg puteri bernama Fatimah. Arwa adalah antara org pertama yg memeluk Islam dan trmasuk kumpulan yg berhijrah ke Madinah. Puteranya Khulaib merupakan seorg sahabat brketurunan Quraisy yg setia. Puteranya pernah mengikuti Rombongan hijrah ke Habsyah. Ketika dlm peperangan Badar, Khulaib adalah org pertama yg melukakan org musyrik krn mempertahankan Nabi SAW. Banyak peperangan yg disertainya dan gugur dlm peperangan Ajnadain pd tahun 13 Hijrah…SubhanaLlah… Pengislaman Khulaib Suatu hari Khulaib telah menyatakn pengislamannya kpd ibunya, Arwa. Dia memeluk Islam di kediaman Abu Arqam bin Abu al-Arqam al-Makhzumi. Dia berkata kpd ibunya, " Ibu, saya mengikut Muhammad dan saya memeluk Islam" Arwa dgn tenang lalu mnjawab, "Sesungguhnya org yg berhak kau bantu dan sokong adalah sepupumu, Muhammad. Demi Allah, jika aku berkuasa sprti lelaki, aku telah mengikutinya dan mempertahankn dirinya." "Jadi apa yg menghalang ibu utk menerima Islam? Bukankah ibu boleh mengikut Muhammad sprt saudara ibu, Hamzah?" soal Khulaib. "Biar aku lihat dahulu apa yg dilakukan oleh saudara2 perempuanku. Kemudian aku boleh mnjadi sprti mereka juga," balas Arwa. "Saya pohon atas nama Allah, wahai ibu, supaya ibu datang kpd Muhammad. Memberi salam kpdanya, kemudian mempercayai dan menyaksikan bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad pesuruh Allah, " kata Khulaib. Utk pengetahuan sahabat2 sekalian...dikisahkan bahawa Arwa sndiri mendidik anaknya itu agar menjadi lelaki berani dan sentiasa berjuang brsama Rasulullah SAW. Pembela Agama Islam & Rasulullah SAW. Setelah berhijrah akidah, Arwa menjadi seorang muslimah yg amat patuh. Dia dan Khulaib sentiasa mmpertahankan anak saudaranya drpd tentangan kaum musyrikin. Dalam satu riwayat ada dikisahkan ttg Abu Jahal dan rakan2nya yg mengganggu Rasulullah SAW. Tanpa berfikir panjang, Khulaib bertindak mempertahankan sepupunya lalu memukul Abu Jahal sehingga kepala lelaki kafir itu luka. Orang ramai kemudian pergi kpd Arwa dgn membawa brsama Khulaib yg diikat tangannya utk mengadu ttg kelakuan anaknya. "Sebaik2 hari Khulaib adalah pda hari dia menolak bahaya yg menimpa sepupunya. Bukankah dia mmbawa kebenaran di sisi Allah?" Arwa sengaja bertanya sinis. "Kalau begitu, kamu juga sudah mengikut Muhammad?" Tanya mereka dgn marah. "Ya!!" balas Khulaib dgn tegas. Kumpulan itu pun menyampaikn kata2 Arwa kpd Abu Lahab. Abu Lahab pun berdepan dgn Arwa utk meluahkan ketidakpuasan hatinya. Lalu Arwa menggunakan peluang itu utk berdakwah kpd Abu Lahab. Kata Arwa, Abu Lahab sepatutnya sama2 berjuang dgn Muhammad yg merupakan anak saudara mreka, bukannya menjadikan Muhammad sbg musuh. "Kita ada seluruh kaum Arab di belakang kita. Dia hanya ada satu agama baru." Abu Lahab pun beredar meninggalkan kediaman Arwa apabila dia berasa sudah kalah. Penyair Wanita Hebat Orang2 yg mengenali Arwa tidak akan mudah melupakan kehebatannya bersyair. Arwa amat dikenali dgn reputasi sbgai penyair hebat dan bijak menghasilkan syair2 bermutu. Ada riwayat menyatakan ketika Abdul Mutalib sakit, dia telah meminta setiap puterinya berkumpul dan menciptakan bait ayat yg baik2 utknya. Setiap seorang pun membacakan syair masing2. Ternyata syair ciptaan Arwa antara yg paling meneyntuh hatinya. Arwa juga ada menciptakan sebuah puisi sempena memperingati kewafatan baginda Rasulullah SAW. Antaranya bait puisi itu berbunyi, "Wahai Rasulullah, engkaulah harapan kami. Engau sentiasa lembut tidak pernah mengasari. Sebenarnya dalam hatiku ada kenangan buatmu. Aku tidak akan kecewa lagi sesudah mengenalimu." Tidak lama selepas kewafatan baginda pada tahun 15 Hijrah, Arwa menyusul jejak anak saudara tercinta. Pemergiannya diingati bukan sahaja sebagai penyair tersohor tetapi juga semangat dakwahnya yg benar2 ikhlas. Arwa seorang muslimah yg amat aktif dlm kerja2 sukarela dgn mengajarkan Islam kpd mereka yg baru memeluk Islam. Al-Shifa' al-Qurashiyyah, seorang lagi serikandi yg turut dikenali sbgai muslimah yg amat gemar berdakwah bersama-sama Arwa. waLLahu a'Lam.... P/S : Semoga kisah serikandi Arwa menjadi teladan yg berguna utk kita khususnya muslimah2 yg benar2 ingin memperjuangkan agama Allah ini..Moga kita dapat menyambung kembali perjuangan beliau demi mempertahankan Islam tercinta...insyaAllah..
|